Sinopsis Let Me Be Your Knight

Mengisahkan tentang In Yoon-joo (Jung In-sun) yang kini bekerja sebagai pemandu pelancong dan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Impian beliau adalah untuk membeli kembali rumah yang milik ibu dan ayahnya sebelum meninggal dan rumah yang banyak kenangan bagi beliau.

Pada mulanya semuanya berjalan lancar apabila rumah itu hampir dimilikinya namun suatu kejadian menyebabkan Yoon-joo terpaksa menghadapi sesuatu yang menakutkan

Hal itu membuatkan Yoon-joo terpaksa untuk menyamar menjadi Kang Seon-joo (Jung In-sun), iaitu kakak kembarnya yang adalah merupakan seorang doktor yang kini berada di Amerika Syarikat.

Yoon Tae-in (Lee Jun-young) adalah merupakan ketua untuk kumpulan Luna, iaitu sebuah kumpulan lelaki yang cukup popular di Korea Selatan.

Tae-in merupakan tunggak utama bagi kumpulan ini dimana semua lagu mereka digubah dan ditulis sendiri oleh Tae-in.

Kumpulan Luna mempunyai 5 orang ahli termasuk Lee Jun-young, Seo Woon-yeon (Jang Dong-joo), Lee Shin (JR), Kim Yoo-chan (Yoon Ji-sung) dan Woo Ga-on (Kim Dong-hyun).

Biarpun kumpulan Luna cukup popular namun realiti dalam kehidupan sebenar mereka adalah tidak baik sesama mereka sendiri.

Jun-young yang mengalami sakit tidur sambil berjalan dan sukar untuk tidur, selain dia juga menghadapi masalah keluarga. Yoon-joo terpaksa menjadi doktor psikologi pada Jun-young dan merawat dia sehingga sembuh, dan semasa proses penyembuhan ada sesuatu telah terjadi antara mereka.